Kakak2 senior sem lain ramai yang tanya kenapa aku tak balik. Kak, bukan tak balik. Balik, cuma lambat sikit. Hehe. Orang lain balik naik bas, aku boyfriend aku amik. Untung kann, hahah. Thanks a lot sayang, sudi amik saya dari Segamat ke Kuantan then hantar saya balik Batu Pahat ke Kuantan again. I Heart You <3
Tapi kali ni aku balik tak terus ke Batu Pahat. Aku nak jalan2 gi Genting Highlands dulu. Yeayy! Maklum laa susah nak dapat cuti lama kan. Lagi pun aku tak pernah jejak kat Genting Highlands tu yang jakun sikit nih. Tambahan bulan ni anniversary aku ngan Mohd. Hafizi. 8hb March 2012 genap 1tahun aku bercouple-an dengan dea. *Apa ayat aku ni? :D
Hari Sabtu pukul 8pagi aku dah siap2 kemas baju nak balik. Excited gila wehh! Buah hati aku pun dah on the way, dea gerak awal pagi lagi. Aku steady jep baju nak balik pun tak stand by lagi. hehe
Alhamdulillah, akhirnya sampai kat Theme Park Genting Highlands. Kesejukan terasa, mulut da keluar asap2. *ceh macam ayat novel pulak. Seriously terbaik lahh Genting Highlands. Teruja gila aku sebab aku bukan teruna. Haha
Maklum lah first time kan so memang jakun laa kann :)
![]() |
| Dah laa sejuk, bedal ice cream lagi :) |
Mengenai bayaran aku tak berapa pasti sebab bukan aku yang bayar, hehe. Tapi rasanya untuk outdoor dua orang RM100. Mula2 aku ngan Fizzy main outdoor dulu sebab tengok hari cerah. Firstly aku ajak Fizzy masuk rumah hantu. Aku minat seram2 ni tapi sebenarnya aku penakut. Time beratur nak masuk tu aku tengok orang yang keluar dari rumah hantu tu buat muka suspen. So aku jadi macam serba salah. Nak masuk tapi takut. Tak pelah, Fizzy ada kan. Konon he's can be my superhero laa kan.
Nak tahu, bila masuk tu aku tak toleh kiri kanan. Mata banyak pejam dari tutup sebab aku tak nak tengok yang bukan2. Seriously seram laa konon. Bila dah sampai luar balik. Lahh, tak ada apa yang seram pun. Cuma patung2 hantu jep. Rumah hantu kat fun fair lagi best kot. Haha! Mungkin sebab takut kalau2 family yang bawak anak tersampuk ke tu yang tak berapa nak seram rumah hantu dea kan. Okay dah tau apa reasonnya :)
Lepas rumah hantu aku nak try naik Pirate Ship. Yang naik separuh2 tu. Ramai orang kat Genting Highlands Theme Park maklum laa hari minggu kan. So beratur lagi nak main benda alah tu. Seperti biasa mula2 aku excited gila. Sekali dah naik, sumpah tak nak lagi. Haa aku tak sanggup walaupun sekejap kat atas tu aku rasa seksanya Ya Allah! Sakit jantung aku bila benda tu naik turun. Fizzy lagi laa, awal2 dea da cakap gayat naik benda tu cuma aku yang ajak sangat.
| Time ni aku kat dalam Pirate Ship. Hm mula2 excited laa |
Okay lepas Pirate Ship aku reject mana2 Roller Coaster lain. Haha! Senak jantung aku weyy. Seriously memang tak mau naik lagi dahh. Tak lama tu hujan. Aku nak main Go Kart pun tak jadi lagipun memang tak nak sebab tak pandai :)
Bila hujan semua aktiviti outdoor terpaksa diberhentikan. So semua tak boleh main laa. Aku ngan Fizzy plan nak main indoor pulak. Bila da masuk dalam tu, kena beli tiket untuk indoor pulak. Act kalau main indoor boleh beli sekali tiket untuk outdoor sebab lagi murah. Tapi kiteorang tak tau so bedal jelahh :D
Banyak2 game kat indoor aku paling suka Bumper Car. Kereta langgar2 tu. Haa paling best moment lah. Orang lain sibuk langgar sesama sendirik walaupun tak kenal. Aku tak, cari buah hati aku jep. Seronok langgar dea, macam aku rasa aku dah menang lah. Hehe Yang dea plak, orang lain langgar dea, dea tak layan. Nak langgar aku jugak. Kelakar kan. Punya lahh ramai yang main Bumper Car tu aku tetap main berdua jer ngan Fizzy. Tapi memang seronok, next time kalau datang lagi aku nak main kereta tu jep.
Lagi sekali, awal2 aku dah reject pemainan yang melibatkan Roller Coaster. Permainan indoor tak banyak sangat yang mencabar so memang sesuai untuk aku yang penakut ni.
Dah satu hari suntuk aku memain kat Genting Highlands Theme Park aku gerak Kuala Lumpur pulak. Lepak kat Starbucks area Jalan Bukit Bintang. Seronok dah lama tak jalan2 macam ni kan.
| Nak balik dahh, bye Genting! |
Keesokan harinya lepas breakfast aku gerak gi Berjaya Times Square. Katanya kat Times Square banyak yang murah2. Memang tak dapat disangkal lagi. Kebanyakan barangnya murah2. Aku tertarik dengan satu kedai ni. Jual barang2 unik semuanya. Tak taulah nak cakap macam mana tapi unik lah. Kalau nak tau gi tengok sendiri. Macam2 benda dijual dengan harga murah.
| Tutti Frutti <3 |
| Dea sibuk cari jalan keluar aku sibuk snap pix. haha sorry yangg :D |
Penat aku "meneroka" Times Square, semua tempat aku selidik. *Tak lahh semua sangat. Penat wehh, besar gila mall dea memang tak larat laa kan nak gi semua tempat. Tengok Theme Park dea lagi menyeramkan. Pehh Roller Coaster dea berpusing2, berbelit2. Haish tak sanggop den! :) Tertinggal nyawa aku kat atas tuu. Haha
Lastly, aku gerak gi Melaka. Letih jugak laa. Tapi yang paling letih mestilah Fizzy kan dea yang drive. Next time saya yang drive pulak okay, awak dok sebelah goyang perut jep ea. Kita gi Sarawak lalu highway. Haha *ada ke?
Sampai Mahkota Parade Melaka dalam pukul 5 agaknya. Act singgah Melaka nak makan jep. Sebelum tu singgah beli kuih keria. Sedap wehh kuih keria Melaka. Kalau yang biasa kita jumpa kuih keria sira dengan gula pasir. Tapi kat Melaka kuih keria sira dengan gula merah. Besar2 macam kuih donat. Kalau dah makan sekali memang korang akan terngiang2 nak makan lagi. Aku pun dapat makan 1 jep, yang lebih mak aku sebat. Haha memang sedap. Lain dari yang lain.
Dah isi perut makan nasi ayam kat food court Mahkota Parade, aku ngan Fizzy pun gerak balik. Terus balik dah tak singgah mana2 lagi lepas tu.
Aku sampai Batu Pahat tepat pukul 9 malam. Fizzy pun terus gerak balik Segamat sebab esoknya dea kerja. Alhamdulillah selamat sampai. Seronok sangat walaupun letih. Sambutan anniversary untuk tahun ni memang terbaik. Thanks sayang, I Love You!
*ayat macam merepek2 kann. tak kesah lahh, aku budak baru belajar :)




No comments:
Post a Comment