Friday 3 August 2012

Syawal menjelma lagi ;)

"Selamat Hari Raya, Kepada Saudara Serta Saudari. Setahun Hanya Sekali Merayakan Hari Yang Mulia Ini" Haha belum2 dah mood raya. Sedangkan ni baru puasa ke 14 rasanya. Hye Assalamualaikum pembaca2 blog aku yang sederhana ni. Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Berpuasa. Rindu kedatangan bulan ramadhan yang setahun hanya muncul sekali ni kan.

Aku pulak tengah menghitung hari nak balik cuti ni. Mula2 kolej aku dapat cuti dari 18hb Ogos sampai 22hb Ogos jep. Tapi tak patut laa, student kot bagi laa muka sikit kan. Tapi hasil daripada usaha gigih roomate aku selaku Yang Dipertua Pelatih kat kolej ni tak putus2 buat bermacam rayuan bersama alasan yang kukuh akhirnya berjaya kolej aku memperoleh cuti raya selama 2minggu bersambung dengan cuti mid sem kami. Thanks Kak Khai!

Tahun ni shopping barang raya bergantung pada laki aku yang buncit tapi comel tu, kata dia shopping Melaka again. Nak rasa shopping KL tapi takut petang raya tu busy mungkin lagipun untuk elak risiko sesat better shopping kat Melaka saja kan. Tak sabarnya nak shopping ngan my sweat boyfriend. Haha! 

MBO Lotus 5 Star at Batu Pahat Mall
 Selama aku kali pertama aku berpuasa di kolej, semua berjalan dengan lancar. Nasib baik aku belum berada di penempatan klinikal semasa bulan puasa ni. Macam mana keadaannya bekerja di wad ketika puasa2 nih? Letih + dahaga tapi itulah lumrah bekerja, tak begitu? Cewah!
Hari pertama puasa aku dapat berbuka dirumah bersama ibu dan adik lelaki aku. Betapa nikmatnya dapat berbuka bersama keluarga. Lain rasanya berbuka di kolej berbanding di rumah. Dpat balik sehari pun jadi lah. Puasa kedua aku berbuka dengan sayang aku kat Pizza Hut East Cost Mall Kuantan. 



Macam ni lahh gaya si gedik ni masa tunggu waktu berbuka :D

Perjalanan yang membosankan sewaktu balik kolej naik cuti semester tempoh hari
Sebelum puasa sempat laa aku hangout dengan kawan2 aku kat kolej ni termasuk dengan seorang roomate aku yang kepala dia pun sama biul dengan aku. Walaupun cerita yang kami tengok ni nampak macam tak setaraf dengan kami tapi serious kelakar. Ice Age, thumbs up! Kebanyakan penonton adalah bawah umur, jadi kamilah pemilik wayang untuk gelak besar. Haha
Watak gajah betina dan aku lupa apa nama watak tu, sama muka dengan aku. Adehh ;D


And lastly aku berbuka puasa di Padang MPK1 Taman Kerang Kuantan pada 29hb Ogos bersama kawan2 aku sekali lagi juga dengan roomate aku Kak Sue. Seronok juga walaupun penat menerjah Bazar Ramadhan yang besar sebelah padang MPK1 tu. Aku takkan lupa semua kenangan aku dengan kenalan2 di kolej ni. I will miss all this <3